Pages

Selasa, 2 November 2010

INFO PEMAKANAN

POKOK PEGAGA


Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica.



Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
  • Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
  • Pokok Pegaga Daun Lebar,
  • Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
  • Pokok Pegaga Kelantan,
  • Pokok Pegaga Renek
  • Pokok Pegaga Salad
  • Pokok Pegaga Gajah
  • Pokok Pegaga Brunei
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.


Khasiat
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.


Antara khasiat lain pegaga adalah:


penawar alahan
anti kanser
melawaskan air kencing
penawar batu karang
penawar kencing berdarah
penawar ulser
merangsang peredaran darah
merawat cirit birit
menurunkan tekanan darah

TAUGEH


Taugeh juga baik untuk kesihatan

Taugeh mengandungi serat dan air yang membantu menyerap kotoran dalam usus besar. Sebab itulah taugeh dikatakan dapat memerangi kanser dengan mendorong kotoran segera meninggalkan
usus besar.Dengan itu tiada lagi zat-zat beracun dalam kotoran yang
dapat diserap tubuh.Kandungan paling tinggi dalam taugeh ialah
kalium yang baik untuk kesihatan jantung.Kandungan estrogen pula
meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah
osteoporosis.Taugeh membantu mengelakkan daripada kanser
payudara gangguan menstrasi(PMS),pramenopaus dan gangguan
akibat menopaus.

0 ulasan: